Saturday, May 21, 2016

Program Family Association

Program Family Association yang dikendalikan oleh Pn. Junainah Bt Jais dari Unit Kaunseling Keluarga, LPPKN dengan ceramah bertajuk "Rebranding Your Life".

Perbincangan kerja bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri 1

Perbincangan kerja bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Nor Jazlan Bin Tan Sri Mohamad Rahmat di Pusat Khidmat Parlimen Pulai, Johor Bahru.

Kerjasama dengan NGO Putih

Program Pengurusan Relaps anjuran PUTIH bertempat di dewan belakang dataran JB.



Wednesday, February 24, 2016

Program: Qiamullail bulanan

Program: Qiamullail bulanan

Lokasi: Masjid Al-Hidayah C&C Tampoi
Penglibatan: semua klien muslim
Pembimbing: Ust Mohd Nur Hidayat



Program dimulakan dengan taklimat dan perkongsian berkaitan adab-adab sebelum tidur. Kemudian semua klien muslim tidur didalam masjid sambil dipantau pegawai terlibat. Klien kemudian bangkit untuk melaksanakan Qiamullail dengan melaksanakan empat solat sunat (tahajjud, taubat, hajat dan witir) sambil diajar mengenai tatacara pelaksanaan. kemudian diteruskan dengan solat subuh berjemaah


Laman Interaktif AADK.



Dapatkan pelbagai maklumat berkaitan jenis dadah dan kesannya di laman interaktif AADK.

http://www.adk.gov.my/
http://public.adk.gov.my/antidadah/175-2/

Bersama-sama membantu kami dalam mengatasi masalah gejala dadah.

‪#‎WeCareWeServe‬
‪#‎DadahKesannyaMembinasakan‬

Keburukan Ganja/THC/Tetrahydrocannabinol




Keburukan Ganja/THC/Tetrahydrocannabinol

Bahan kimia yang terdapat pada ganja terkumpul dalam tubuh manusia.30%-50% THC yang tertinggal dalam tubuh manusia seminggu selepas menghisap sebatang rokok ganja dan dianggarkan bahawa 4-6 minggu berlalau sebelum kesemua THC dikeluarkan daripada tubuh manusia mengikut proses fisiologi normal.Jika seseorang menghisap ganja terus-menerus selama satu minggu atau satu bulan, THC sentiasa terkumpul dalam semua sel tubuh,terutama sekali di bahagian otak, peparu dan orgam pembiakan,yang mana akan mengubah peribadi dan kelakuan orang itu.

(a)Kesan Kepada Peparu

Ganja mendatangkan kerosakan yang teruk kepada peparu dalam masa yang singkat(18-24 bulan).Penghisap ganja sering batuk apabila menyedut asap ganja. Asap ganja mengandungi THC,bahan kimia lain(yang menyakiti peparu) serta racun-racun seperti karbon monksida dan ammonia.Kesan asap ini begitu teruk sekali hingga para saintis menyatakan bahawa kesan 5 batang rokok ganja adalah sama seperti 112 batang rokok tembakau.

Asap ganja juga merosakkan sistem ketahanan peparu yang secara normal berfungsi untuk membinasakan bahan asing dan bakteria.Penyakit bronkitis dan sakit dada sering berlaku di kalangan penghisap ganja.Selain itu,penyakit laryngitis,lelah dan tanda-tanda awal penyakit kanser peparu juga dilaporkan.

Kerosakan peparu pada pesakit yang telah menghisap ganja selama setahun atau kurang dari itu,adalah lebih teruk daripada mereka yang menghisap 1 ½ bungkus rokok tembakau selama 10 tahun atau lebih.Rokok ganja tidak mempunyai tapisan dan dihisap sehingga hangus.Akibatnya peparu seseorang itu menjadi hitam dan terdapat kerosakan struktur peparu yang teruk.

Ini tidak menghairankan memendangkan bahawa ganja mengeluarkan 50% lebih banyak tar daripada tembakau.Lebih banyak tar disedut ke dalam peparu memandangkan ganja tidak bertapis dan dihisap sehingga hangus.Tar ganja juga mengandungi lebih daripada 150 hidrokarbon,termasuk bahan kimia yang menyebabkan kanser.Dengan itu hanya sedikit sahaja rokok ganja yang diperlukan untuk membawa perubahan menyerupai kanser.Keadaan menjadi lebuh teruk apabila penghisap ganja juga menghisap rokok tembakau dengan kerap.

Oleh kerana asap ganja disedut ke dalam peparu dan mengandungi bahan kimia yang diketahui menyebabkan kanser,penggunaannya secara kerap atau berterusan akan menyebabkan kanser.Walau bagaimanapun,kanse peparu ketara hanya selepas 30-40 tahun.

(b)Kesan Kepada Jantung

Ganja mengubah fungsi jantung.Ia meningkatkan kadar debaran jantung dan menjejas pengaliran darah yang mungkin menyebabkan sakit dada pada mereka yang menghidap penyakit jantung.

(c)Kesan Ganja Ke Atas Otak

THC terkumpul di dalam otak.Oleh kerana THC dibersihkan daripada tubuh dengan begitu perlahan,sesiapa yang menghisap ganja lebih daripada sekali dalam sebulan tidak akan bebas daripada kesan ganja.

Ganja mengubah personaliti penghisapnya.Bukti menunjukkan bahawa seseorang itu hanya perlu menghisap 2 batang rokok ganja seminggu selama 3 bulan sebelum perubahan kelakuan berlaku.Ia tidak lagi mempedulikan masalah/keadaan sekelilingnya dan tidak lagi berasa bimbang.Penghisap ganja mengubah perlakuan diri sendiri tanpa menyelesaikan masalah yang dihadapi. Apabila keupayaan mentalnya menjadi semakin lemah,ia tidak sedikit pun mengambil berat tentang masalah yang dihadapi.

(d)Kesan Ganja Ke Atas Sistem Pembiakan

(i )Lelaki

Penghisapan ganja menyebabkan pengeluaran hormon lelaki testoron merosot.Ini menyebabkan ketidakseimbangan hormon memandangkan bahawa tubuh lelaki juga mengeluarkan hormon perempuan.Akibatnya sesetengah penghisap ganja lelaki remaja mempunyai buah dada.Ganja juga mengurangkan bilangan sperma atau menambahkan bilangan sperma cacat atau tidak normal.Bukti menunjukkan bahawa ini menyebabkan pembentukan janin cacat.Lelaki yang menggunakan ganja dengan banyaknya juga telah didapati mati pucuk.

(ii)Perempuan

Ganja meninggalkan pelbagai kesan ke atas sistem pembiakan perempuan. Antarnya:-
-kedatangan haid yang tidak menentu
-kemungkinan kurangnya telur di dalam overi
-melemahkan daya penyusuan kepada bayi yang baru lahir
-pemindahan kanabinoid daripada ibu ke bayi
Satu kajian di Boston pada tahun 1982 menunjukkan bahawa ibu-ibu yang menghisap ganja ketika mengandung mempunyai kemungkinan 5 kali lebih besar untuk melahirkan bayi-bayi yang cacat.Bayi-bai ini mengalami kecacatan fizikal sama seperti bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang meminum arak ketika mengandung.Kecacatan akal tidak dapat dinilai ketika bayi baru lahir. Walau bagaimanapun,kemungkinan ia berlaku tidak dapat dinafikan.Bayi-bayi ini mengalami pelbagai masalah ketika dilahirkan seperti kekurangan oksigen, mengalami stress atau berada di bawah pengaruh THC yang terdapat di dalam darahnya.

Kenyataan Akhbar berkenaan pendirian melegalisasi ganja

 ☆BH ONLINE☆
JOHOR BAHRU: Cadangan beberapa pihak meminta kerajaan memperhalusi dasar pengharaman ganja disifatkan sebagai kenyataan berunsur populis tanpa menyedari kesan buruk kepada perkara itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelawat Klinik Cure & Care 1Malaysia Tampoi, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat, berkata kenyataan itu dibuat tanpa mengetahui apa yang dihadapi penagih dadah.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, berkata kerajaan mengeluarkan belanja besar bagi membangun dan mengendalikan klinik merawat penagih dadah itu dan tidak seharusnya 'dimusnahkan' begitu sahaja.
"Saya menyelar cadangan supaya kerajaan memperhalusi dasar pengharaman ganja.
"Sebagai Pengerusi, saya melihat sendiri kesengsaraan dialami keluarga penagih. Saya mempelawa mereka yang buat kenyataan populis ini untuk tinggal di pusat ini bersama penagih selama seminggu bagi berkongsi kesengsaraan menjalani kehidupan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Klinik Cure & Care 1Malaysia Tampoi di sini, sebentar tadi.
Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Lembaga Pelawat Cure & Care 1Malaysia Tampoi dan Timbalan Pengerusi Skuad 1Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Muhammad Azali Kalki; dan Pengarah Klinik Cure & Care 1Malaysia Tampoi, VM Asok Kumar.