Tuesday, May 5, 2015

PROGRAM THERAPEUTIC COMMUNITY (TC) / TERAPI KEKELUARGAANKLINIK C& C TAMPOI

PROGRAM THERAPEUTIC COMMUNITY (TC) / TERAPI KEKELUARGAANKLINIK C& C TAMPOI


TAMPOI April 2015 : Program Therapeutic Community atau Terapi Kekeluargaan telah mula dilaksanakan di Klinik Cure & Care 1Malaysia Tampoi sejak ianya diarahkan oleh YBhg. Dato’ Suhaimi bin Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan pada bulan Julai 2014.  Terapi TC ini mempunyai program yang cukup lengkap dan berstruktur merangkumi aspek rohani dan 


Perkara ini dilihat melalui 4 kurikulum pelaksanaan program ini iaitu program modifikasi dan pengurusan tingkahlaku, program perkembangan intelektual dan kerohanian, program perkembangan emosi dan psikologi dan program kemahiran hidup dan vokasional. 



Elemen penting dalam program TC iaitu teguran dan nasihat amat memberi kesan dalam membina tingkahlaku serta disiplin seseorang yang ingin berjaya dalam kepulihan.  


Ini amat jelas sepertimana yang disebutkan dalam Firman Allah dalam surah Al- Asr yang bermaksud :-Demi  masa manusia itu dalam kerugian,Kecuali mereka yang beramal soleh ( berbuat baik),Berpesan-pesan dengan kebaikan (memberi nasihat kearah kebaikan) dan,Berpesan-pesan dengan kesabaran (memberi nasihat yang berterusan) .



Program Terapi Kekeluargaan di Klinik C & C Tampoi juga menerapkan elemen yang berbeza dalam memberi learning experience kepada klien yang melakukan kesalahan. 



Antara bentuk learning experience yang dijalankan termasuk melakukan solat sunat taubat, berzikir, menghafaz surah, bermonolog dan mengikuti terapi ru’yah. Bagi yang non muslim pula antara bentuk learning experience yang dijalankan termasuk klien membuat pengakuan secara bertulis mengenai perubahan yang mesti dijana semasa dalam program pemulihan.



Walaupun sebahagian besar klien di klinik C & C Tampoi tiada kefahaman dan pengalaman TC tetapi hasil bimbingan serta dorongan pegawai dan PRS disamping kaedah pelaksanaan yang mesra dan lebih berhemah menjadikan klien-klien dapat menerima dan selesa menjalani program TC dengan baik. 



Memang diakui agak sukar melaksanakan program TC dengan sebahagian dari klien mempunyai masalah psikotik tetapi hasil kerjasama semua pegawai serta dorongan kuat Pengarah Klinik C & C Tampoi, akhirnya program TC Tampoi kini berjalan dengan baik.






No comments:

Post a Comment