Sunday, June 7, 2015

PROGRAM CSR JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN BERSAMA KLINIK CURE & CARE 1MALAYSIA TAMPOI.

TAMPOI, 2 JUN: PROGRAM CSR JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN BERSAMA KLINIK CURE & CARE 1MALAYSIA TAMPOI.

Klinik Cure & Care 1Malaysia Tampoi telah mengorak satu lagi langkah dengan menjalinkan kerjasama bersama Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru dengan mengadakan Program Community Social Responsibility (CSR) yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) denganpihak AADK secara amnya dan pihak Klinik Cure & Care 1Malaysia Tampoi khususnya.

Dalam program tersebut telah diadakan Kursus Asas Pendawaian Elektrik, Kursus Pembuatan Pavlova dan Kursus Art Terapi.Seramai105 orang klienKlinik Cure & Care 1Malaysia Tampoi terlibat dalam menjayakan kursus tersebut dengan penyertaan 35 orang klien bagi setiap kursus dengan tenaga pengajar terdiri daripada pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Ibrahim.Bagi Kursus Pendawaian Elektrik Asas telah diadakan di Makmal Elektrik Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Ibrahim Sultan manakala Kursus Pembuatan Pavlovatelah diadakan di Bengkel Roti Klinik Cure & Care 1Malaysia Tampoi dan Kursus Art Terapi telahdiadakan di Dewan Sri Utama.

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada jabatan-jabatan kerajaan yang lain dalam usaha membantu pihak Klinik Cure & Care 1Malaysia Tampoi menjalankan Program Rawatan&Pemulihan Dadah kepada klien.
Pegawai dan klien sedang didedahkan dengan teknik asas pendawaian yang diberi tunjuk ajar dari tenaga pengajar Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru.

Pegawai dan klien sedang mendengar sesi taklimat Pembuatan Pavlova dan didedahkan cara-cara membuat meringue yang terdiri daripada putih telur dan gula.
Klien sedang membuat deko whipping cream dan susunan buah-buahan di atas meringue yang telah siap dibakar mengikut kreativiti masing-masing.
Sesi perkongsian hasil lukisan klien masing-masing bersama tenaga pengajar. Perkongsian melibatkan kehidupan klien sebelum terlibat dengan dadah, harapan dan perasaan klien masa kini dan akan datang. Kursus Art Therapy dijalankan di Dewan Sri Utama.
Sesi perkongsian hasil lukisan klien masing-masing bersama tenaga pengajar. Perkongsian melibatkan kehidupan klien sebelum terlibat dengan dadah, harapan dan perasaan klien masa kini dan akan datang. Kursus Art Therapy dijalankan di Dewan Sri Utama.

Majlis Penutupan Program Community Social Responsibility (CSR) diadakan di Dewan Sri Utama, Klinik Cure & Care 1Malaysia Tampoi.  Sesi penyampaian cenderamata dari kedua-dua pihak iaitu dari Pengarah Klinik Cure& Care 1Malaysia Tampoi dan wakil Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar secara beramai-ramai yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan klien Klinik Cure & Care 1Malaysia Tampoi serta tenaga pengajar Politeknik Ibrahim Sultan.

No comments:

Post a Comment